Tentang IPK

Institut Penyelidikan Kenyir: Hala Tuju Ke Hadapan

Universiti Malaysia Terengganu sedang berusaha untuk melengkapkan pelbagai bidang disiplin ilmu dan sosial yang berorientasikan keupayaan penyelidikan. Bagi mencapai matlamat itu, Institut Penyelidikan Kenyir yang diketuai ketika itu oleh Profesor Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Sharoum telah ditubuhkan pada akhir tahun 2013. Kecemerlangan ini diteruskan lagi di bawah pimpinan Profesor Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah bermula 1 Oktober 2016. Ia merupakan aspirasi Universiti Malaysia Terengganu dalam memenuhi komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Tasik Kenyir sebuah “destinasi pelancongan alam semula jadi” yang terkemuka di rantau ini di samping menjadi model kawasan pembangunan luar bandar dari perspektif kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan sosial.

Kepentingan Tasik Kenyir untuk kepelbagaian biologi, sumber akuatik, pelancongan berasaskan pengetahuan, sosio-ekonomi, serta warisan kebudayaan yang unik daripada komuniti tempatan, menyediakan pelbagai peluang penyelidikan bagi menyokong pembangunan Institut Penyelidikan Kenyir untuk menjadi pusat penyelidikan terulung negara.

Kerajaan Persekutuan menyokong penuh usaha murni ini sebab dan menyalurkan dana untuk pembangunan Stesen Penyelidikan Kenyir, yang nampaknya sudah bersedia untuk menjadi salah sebuah pusat pendidikan dan penyelidikan di Asia Tenggara. Sebagai contoh, biodiversiti yang kaya di sekitar Tasik Kenyir telah menarik ahli biologi dari institut ini untuk menjalankan penyelidikan taksonomi dan ekologi untuk membantu memulihara biodiversiti. Keunikan Tasik Kenyir, yang terpelihara dengan khazanah masyarakat Mesolitik di Gua Bewah, juga boleh memberi inspirasi kepada pengunjung untuk memahami kekayaan warisan semula jadi di Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir yang meliputi kawasan seluas 260,000 hektar, adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dan telah dianggap sesuai untuk pembangunan sebagai Geopark Kebangsaan. Oleh itu, Universiti Malaysia Terengganu telah mengambil bahagian dalam sudut penyelidikan dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa agensi persekutuan dan negeri untuk mencapai hasrat ini.

Dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri Terengganu, adalah diharapkan bahawa Tasik Kenyir dan hutan tropika yang mengelilinginya boleh diiktiraf sebagai Geopark Global oleh UNESCO seperti di Langkawi, Kedah. Biodiversiti di kawasan tasik terdiri daripada 233 spesies pokok berbunga dan tidak berbunga, 22 spesies mamalia kecil, 53 spesies mamalia besar, 43 spesies kelawar, 285 spesies burung, 62 spesies ikan air tawar di dalam sungai dan 13 spesies ikan di dalam tasik.

Penubuhan Institut Penyelidikan Kenyir (lihat carta di bawah) adalah terhasil daripada aspirasi Universiti Malaysia Terengganu untuk memenuhi komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Tasik Kenyir “destinasi pelancongan alam semula jadi” yang terkemuka di rantau ini dari perspektif sumbangan pengetahuan baru bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan sosial penduduk yang tinggal di sekitar Tasik Kenyir.

 

Fokus Penyelidikan:

1. Biologi Kanopi
2. Biologi Konservasi dan Biodiversiti
3. Biogeograf Tanah Bencah dan Pulau
4. Pembangunan Sumber Manusia
5. Warisan Budaya
6. Pembangunan Sosioekonomi
7. Edupelancongan dan Ekopelancongan
8. Pembangunan Keusahawanan
9. Penyelidikan Geopark Tasik Kenyir

 

Pelan Pembangunan Strategik Special Interest Group (SIG) : Sila klik di sini.