Program ini telah diadakan pada 12 dan 13 November 2017 di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Hulu Terengganu. Ia melibatkan pelajar sekolah Orang Asli Sungai Berua dan pelajar daripada Kelas Dewasa dan Pribumi (KEDAP). Ia dijalankan bertujuan untuk aktiviti pemindahan ilmu pendidikan konservasi kepada para pelajar dan komuniti setempat, jaringan komuniti bersama masyarakat Orang Asli dan mewujudkan jaringan kerjasama di antara pihak IPK, UMT dengan pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.