Hulu Terengganu Cucumber Day telah diadakan pada 22 November 2017 di Pasar Kuala Berang. Program ini telah mendapat kerjasama Pejabat Daerah Hulu terengganu dan East Vege Enterprise. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan komuniti dan para pelajar UMT berkenaan Hari Mentimun Sedunia melalui Program Hulu Terengganu Cucumber Day dan Cumberland sebagai tapak destinasi pelancongan baharu serta membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat bagi Negeri Terengganu khususnya di Tasik Kenyir. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada komuniti dan para pelajar UMT berkenaan kaedah-kaedah penanaman mentimun secara fertigasi.