Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)

Institut Penyelidikan Kenyir : Pemacu Penyelidikan Masa Hadapan.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berusaha untuk melengkapkan keupayaan penyelidikan bersifat multi-disiplin dan berorientasi inovasi sosial. Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2013, yang diketuai oleh Pengasas, Profesor Emeritus Dr. Faizah Mohd Sharoum. Kecemerlangan ini diteruskan lagi di bawah pimpinan Profesor Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah bermula 1 Oktober 2016.

Ia adalah aspirasi UMT bagi menterjemahkan iltizam kerajaan negeri untuk menjadikan Kenyir destinasi pelancongan alam terunggul di rantau ini iaitu sebagai wilayah pembangunan luar bandar contoh daripada perspektif kelestarian alam dan kesejahteraan masyarakat.

Keistimewaan Tasik Kenyir dari beberapa sudut yang berbeza seperti kepelbagaian biologi, kemewahan sumber akuatik, keunikan pelancongan ilmu dan sosio-ekonomi serta keaslian warisan budaya masyarakat setempat amat membantu peranan IPK ke arah menjadi pusat penyelidikan dan pemindahan ilmu yang terulung dalam negara.

Julai 19, 2017

Panggilan Kertas Kerja – 20th MASSA Symposium dihoskan oleh UMT

Untuk maklumat lebih lanjut, s...

By fakhrurrazi
Julai 16, 2017

Lawatan Prof. Dr. Fadzilah Majid Cooke ke IPK

Aktiviti sekitar Lawatan Prof....

By fakhrurrazi
Julai 12, 2017

Program PKU Cakna Warga UMT – Roadshow Pemeriksaan Kesihatan di IPK

Tempat : Bilik Mesyuarat IPK M...

By fakhrurrazi
Mei 21, 2017

Aspirasi Geopark Tasik Kenyir sebagai Model Kelestarian : Sebuah Pendekatan Strategik

SABF 2017 – 3rd Seminar ...

By fakhrurrazi
1 2 3 34

Perlukan Info Tambahan?

Arkib : Artikel & Berita